Ahad, 29 Mei 2011

Selamat Hari Guru 2011

What a month. Lepas satu, satu program. Memandangkan aku Pengerusi Kelab Guru di sekolah, sambutan hari guru menjadi tggjwb aku (kelab guru) untuk pastikan guru disambut seperti selayaknya. Memang pening, n sakit kepala merancang n memikirkannya. Pengetua xbagi buat sambutan masa 16 mei, sbb minggu exam. so kitorg buat ah bila 27 mei. since hari tuh exam dah habis. Tapi apa yg lebih memeningkan, kursus induksi aku jatuh pada tarikh 24-26 mei. n aku still kena buat kerja kursus  individu n baca nota2. Adakah aku sempat membaca nota? NO. mana sempat!!!! waaa...
     
Lepas satu, satu dugaan. Aku plan bebaik nye, ngan games , persembahan n so on.. elok plak hari sambutan tuh, hujan turu ngn lebatnya. bukan hujan lebat biasa, dh hampir mcm ribut..ngn kilat bagai.. so, xkan ah aku nak cancel sambutan kot? NEVER!

Beberapa games terpaksa dibatalkan, n digabungkan. so games boleh dijalankan seperti dirancang. cuma venue dh bertukar. mmndgkan dh hujan, aku biarkan je games dibuat di dewan berbumbung. Lantak ahh..jnji ada.

Persembahan pon satu hal yg menyayat hati. asalnya persembahan patutnya ada 7, tapi disebabkan hujan, ramai pelajar tersangkut dek hujan n xdpt dtg skola. terpaksa dibatalkan 2. band pelajar, pon nyaris batal sbb lead singer n band, sangkut kat ujan, xde transport. apa leh buat? huuu...penin aku..akhirnya menjadi gak... haih..

overall, sambuat kelam kabut sbb hujan n kurangnya backup utk plan B. tapi berjalan ikut scedule. Haaahhh...lega aku..leh aku tido.. serius aku xckup tido..

Buku program aku yang buat. So... aku designkan ah yg molek2 sikit...Hahaha.. Selamat Hari Guru wahai aku!

muka depan
bahagian belakang


bahagian dalam

Sabtu, 28 Mei 2011

Kursus Induksi..

Akhirnya lepas juga kursus induksi. Wpun xtau lulus atau x, aku harap ah semuanya berjalan lancar.. n lulus. Bila lulus boleh ah aku confirm jawatan. boleh juga sambung belajar..Minta2 ah lulus...aminn...

Ahad, 22 Mei 2011

Sudah lebih setahun dari suku abad

Berumur 26 tahun pada 12 Mei lepas. Lebih setahun dari suku abad. Masih lagi menerokai kehidupan. Masih mencari pengalaman. Terima kasih ibu bapa kerana melahirkan dan membesarkan insan ini. Walaupun anakmu ini sentiasa menyakitimu, mengecewakanmu, teruskan menyokong anakmu ini. Kerana aku tidak mampu hidup tanpamu. Terima kasih ALLAH, atas nikmat kebahagian yang KAU curahkan 26 tahun ini. Terima kasih semua.

Indah

Indah bukan sahaja dapat dilihat. Indah dapat disentuh dan dirasai. Melalui jari-jemari, melalui hati. Indah itu subjektif. Bagaimana kita melihat keindahan bergantung kepada citarasa kita. Jika kita rasa sesuatu itu indah, maka indah lah ia. Jika kita rasakan sesuatu itu buruk, maka buruk lah ia. Jika kita tidak tahu bagaimana untuk merasai keindahan itu, pejamkan mata. Bayangkan ia. Jika kita tersenyum, maka apa yang kita bayangkan itu adalah keindahan. Keindahan itu simbol kebahagiaan. Andai apa sahaja yang kita rasai adalah indah, bersyukurlah. Kerana kita baru sahaja merasai kebahagiaan.