Ahad, 22 Mei 2011

Indah

Indah bukan sahaja dapat dilihat. Indah dapat disentuh dan dirasai. Melalui jari-jemari, melalui hati. Indah itu subjektif. Bagaimana kita melihat keindahan bergantung kepada citarasa kita. Jika kita rasa sesuatu itu indah, maka indah lah ia. Jika kita rasakan sesuatu itu buruk, maka buruk lah ia. Jika kita tidak tahu bagaimana untuk merasai keindahan itu, pejamkan mata. Bayangkan ia. Jika kita tersenyum, maka apa yang kita bayangkan itu adalah keindahan. Keindahan itu simbol kebahagiaan. Andai apa sahaja yang kita rasai adalah indah, bersyukurlah. Kerana kita baru sahaja merasai kebahagiaan.    

Tiada ulasan:

Catat Ulasan