Khamis, 9 Jun 2011

Mural oh mural

Projek mural nih PK Koko yg suruh. Setiap unit uniform dan persatuan koko ada sudut atau tempat yg diorg kena hias n jadikan taman. Kadet Polis aku dapat tempat paling hebat. Nuuuunnn di hujung perosok skola ngan pondok buruk yg hampir roboh. Aku pikir ahh..berbaloi ke aku buat taman? Actually aku siap dh plan apa nak buat kat tempat tuh.. Skali tuh tetiba pengetua nak jadikan tempat tuh tempat untuk budak meluahkan perasaan dengan meletakkan punching bag kat situ. So budak leh ah lepaskan stress dgn menumbuk punching bag. Rasionalnya: kurangkan buli n gadoh2.. Well..benda cmnih boleh hasilkan 2 impak. 1) positif: pergaduhan kurang sbb ada tempat meluahkan stress kalo bengang. 2) negatif: pergaduhan bertambah dgn budak yg semakin mahir menumbuk.. So anak2 korang pilih.. nak guna utk kebaikan ke, keburukan?

Apa2 pon, aku nye peranan hanya menghias n mencantikkan tempat tuh.. Memandgkan plan buat taman xjadi sbb aku takot budak nnti hancuskan taman aku semasa sdang meluahkan perasaan, aku pon cat dinding n buat mural. Terima kasih kepada pelajar n pekerja am skola yg tolong aku.. Ni lah mural hasil usaha 3 hari bermula Isnin, 6 Jun- Rabu, 8 Jun. Dari pagi smpai petang. Jumlah jam digunakan: 24jam. Walau apa pun, aku puas hati sangat sbb nampak sgt lawooooo0000ooo000ooo...!!! Yeyehhh..





Tiada ulasan:

Catat Ulasan