Selasa, 5 Julai 2011

Selamat Pengantin Baru Puan Ct

Ohhh.. Puan Ct akhirnya berkahwin juga. Setelah 5 tahun bercinta. Kalo dh jodoh, xkemana.... Tak gitu?


Aku jd unofficial photographer. Maksudnya xberbayar. Hahahaah.. Tapi aku ttp enjoy.. Sbb dia kwn baik aku.. Tahniah n selamat pengantin baru.

Digital Art : Seni kontemporari yg semakin diminati.
















Seni Digital / Lukisan Digital semakin diminati abad ini. Apa itu seni digital? Seni Digital merupakan hasil karya seni yang dihasilkan menggunakan manipulasi perisian komputer. Dalam arus moden skang, seni digital dilihat semakin menjadi pilihan utama. Kenapa ye? Nih pendapat aku yg secara xlangsung melibatkan diri dlm digital art.

1. Jimat duit (dari aspek material).
    Tak perlu beli kertas, pen, pensel dan sebagainya untuk melukis. Apa yang diperlukan hanya komputer, dan alatan lainnya.  (utk pengetahuan yg xtau, barang dan alat seni SANGAT LAH MAHAL-kalo beli berulang, agak2 brapa belanja kena kuar?)

2. Tak kotor.
    Bila buat keje pakai komputer, tgn pon xdelah tercalit warna sana, warna sini kat badan.

3. Lebih mudah dan jimat masa.
    Terutama kalo jenis photo manipulation, ko edit gambo sana, gambo sini, tambah sana sini dh siap. Mudahnya bila salah buat, delete je layer tu dan buat balik. Kata ah cat air kalo salah dh xleh nak ejas. Tapi guna komputer, buang je layer yang salah, dh selamat hasil.

4. Hasil hampir sama mcm seni konvensional.
    Dlm perisian Adobe photoshop, ada beberapa aplikasi yg hampir sama kesannya mcm cat air, cat minyak, krayon, pastel dan sebagainya. Xke untung tu?

5.  Boleh print benda yang sama berkali2
     Kalo catan cat minyak, walaupun buat lukisan yang sama, hasilnya xkan sama sebijik macam yg awal, mesti beza juga. Kalo komputer, print 4, 5, 10ribu kali po leh dapat sebijik cam asal.


Ok. Bagi yang berminat berjinak2 dalam digital art, pastikan korang kena ada benda2 ini:

1. Komputer dengan memori besar dan RAM tinggi. Sekurang2nya 2Gb RAM.

2. Perisian2 lukisan digital yang bersesuaian ngan jiwa anda. Pilih je salah satu. Download dari tenet dan pakai trial dulu. Kalo minat beli, kalo x try yang lain. Nak jimat, cetak rompak. Kat kedai2 komputer berdekatan anda ada jual.Contohnya:
     - Adobe Photoshop : Sesuai untuk digital painting dan manipulasi foto.
     - Adobe Illustrator : Sesuai untuk lukisan ala2 komik, doodle, vector art.
     - Corel Painter : Untuk catan apa2 je..


3. Mouse atau nak advance, drawing tablet.
    Kalo sekadar manipulasi foto, Mouse je dh cukup. Tapi kalo nak melukis, beli tablet. Paling popular skang Wacom. Boleh pilih antara intuous atau graphire. Intuous mahal sikit tapi best. Sebnarnya xde beza sgt. Nak jimat ambil yg murah.
wacom intuous
   
Ok. barang2 di atas sgt ah mahal... Tapi kalo jaga bebaik, tahan lama n berbaloi.. Serius. Ada pro dan kontra digital art nih. Bagi artis konvensional, seni digital tidak langsung dianggap sebagai seni kerana alat dan bahan, serta media yang digunakan bukan media sebenar. Malah seni ini juga ada risiko iaitu jika komputer rosak dan anda xsmpat backup, hilang lah usaha tuh. Harga hasil karya juga ada standard tertentu. Maksudnya harganya susah nak naik. Kalo konvensional, ambil contoh  Van Gogh, karyanya makin lama makin tinggi sehingga mencecah jutaan dolar sbb hasilnya unik dan xdapat dihasilkan lagi. Manakala status digital art yang boleh dicetak berulang mengurangkan nilai hasil itu.

Bagi aku, aku ske kalo hasil karya itu kita dapat rasa dan sentuh. Walaupun payah, tapi perasaan dia lain. Kita hasilkan karya menggunakan hujung jemari menyentuh satu persatu setiap inci permukaan karya tu, we put our soul into it. Lagipon makin susah makin best. Tapi tak pula aku rasa digital art tu teruk. Aku ske photoshop dan illustrator. Tapi aku lebih ske seni konvesional. Walau bagaimanapun itu lebih kepada pendapat individu. Terpulang kepada diri sendiri nak pilih yang mana.

Kepada yang nak mula menceburi bidang nih, Selamat berkarya!


-------------------------------------------------------------------
Panduan anda:

Seni konvensional : seni yang menggunakan alat/bahan/media yang kebiasaannya digunakan atau sepatutnya digunakan dalam jenis seni tersebut seperti penggunaan cat dan kanvas dalam catan. Antara seni konvesional termasuklah catan cat minyak, akrilik, arca, cetakan, ukiran.

Seni digital : seni yang memanipulasi bahan menggunakan perisian komputer. Contoh perisian komputer yang popular ialah adobe illustrator, adobe photoshop, corel painter, adobe after effects dan lain-lain perisian komputer.

Seni : Lukisan

Aku asyik citer pasal manga..Aku dh lupa pasal seni, bidang aku.. Meh aku citer apa itu seni. Maleh ahh..nnti2  Skang aku nak citer pasal jenis-jenis seni. Ok.. Mana nak mula? Uhm..ok ah yg biasa kita nampak, Lukisan.  Perlu diingatkan, semua ini dijelaskan mengikut kefahaman aku dan cedok sana cedok sini. Kalo salah betolkan yee...

Ok apa yg korg perlu tau, kalo tulisan italik maksudnya tulisan dlm bahasa inggeris ok.

Lukisan















Definisi :
Lukisan (drawing) bermaksud lakaran di atas permukaan dua dimensi (2D--rata) menggunakan media kering. Lukisan biasanya terhasil daripada gabungan garisan-garisan yang membentuk lakaran.

Nota: Lakaran (sketch) tu gabungan garisan secara kasar lalu membentuk rupa atau bentuk ilusi.





Alat/Media yang biasa digunakan untuk menghasilkan lukisan ialah :

Grafit (Graphite) : Media kering. Tebal dan pekat warnanya.



































Pensel : Media kering. Ada yang tebal, ada yang nipis. Bergantung kepada jenis mata pensel.
   
  
Pen dan dakwat : Media basah dan kering. Sama cam pensel. Ada tebal, ada nipis. Ada pen dakwat basah dan ada pen dakwat kering.


Berus berdakwat : Media basah. Ketebalan bergantung pada ketebalan berus.   















 Pensel Warna : Media kering. Boleh juga dijadikan media basah tapi kalo gitu dh dikira catan.

Krayon : Media kering. Lebih tebal dari pensel.












 












Pastel : Media kering. Ketebalan bergantung kepada jenis pastel. Terbahagi kepada 2: oil pastel dan soft pastel.
soft pastel

contoh lukisan soft pastel


oil pastel
contoh lukisan oil pastel
















Arang : Media kering. Tebal dan pekat.


























Kapur : Media kering. Tebal tetapi cair warnanya.



























Pen marker : Media basah. Sikit2 basah ahh..
















 












Stylus : Media kering. Pen digital. Untuk lukisan digital.
 




























Sumber :
1. wikipedia : wikipedia - http://en.wikipedia.org/wiki/Drawing
2. http://www2.scholastic.com/browse/article.jsp?id=3753864
3. http://www.drawingtodraw.com/history-of-drawing.html

Isnin, 4 Julai 2011

Mari mengenal terma-terma manga...

Ok korang nak baca komik atau manga, korg kena tau dulu jenis apa korg nak baca..Bukan apa, senang cari.. Ok kat sini ada beberapa terma yg korg perlu tau.

Jenis komik :
Manga    : komik dari Jepun
Manhua  : komik dari Taiwan, China atau Hong Kong
Manhwa : Komik dari Korea Selatan


Kategori
:
  • Comedy (gag)    : lawak
  • Romance           : cintan cintun
  • Shounen            : utk budak laki2
  • Drama               : berkaitan kekeluargaan.
  • Action               : aksi, belasah2, hero-heroin
  • Shoujo              : utk budak pompuan
  • School Life       : kehidupan budak skola
  • Seinen              : utk laki2 dewasa (20–30 tahun)
  • Fantasy            : cerita yg direka2, xrealistik mcm pari2, dewa2 dll.
  • Supernatural     : kuasa istimewa
  • Sports              : sukan
  • Adventure        : kehidupan yg penuh ranjau duri (dari aspek mencabar, ada babak lawan of course)
  • Slice Of Life    : kisah kehidupan
  • Ecchi               : ada sikit miang2 n dedah sana dedah sini
  • Mature            : org dewasa sahaja, kdg2 ada s**s (uh)
  • Mystery          : misteri. cth kisah detektif atau penyiasatan.
  • Sci-Fi             : fiksyen sains. berkisarkan sains tapi boleh jadi betul boleh jadi tidak. 
  • Shoujo-Ai      : kisah cinta--watak utama budak pompuan
  • Psychological : berkaitan mental, emosi dan pikir2
  • Shounen-Ai    :  kisah cinta --watak utama laki2
  • Historical        : kisah sejarah
  • Horror            : seram, takut2 atau menjijikkan
  • Tragedy          : tragedi -- kemalangan, kisah2 watak yg malang.
  • Yaoi                : gay --homoseksual laki2
  • Martial Arts    : seni bela diri
  • Harem            : sorg laki2 dikelilingi bnyk pompuan atau sorg perempuan dikelilingi bnyk laki2..
  • Gender Bender : pompuan menyamar laki2 laki2 menyamar perempuan. Bertukar watak laki-pompuan
  • One Shot        : cubaan kali pertama (satu episod sahaja) -- biasanya sblom komik bersiri, mangaka buat one shot dulu. bila popular baru buat siri.
  • Josei              : perempuan dewasa
  • Anime           : kartun
  • Smut             : aaahhh... utk org dewasa je yee.. (ada unsur2 s***) dedah sana dedah sini. Cintan cintun extreme.
  • Adult             : utk org dewasa jee..
  • Mecha           : berkaitan mesin atau robot.
  • Yuri               : lesbian -- homoseksual pompuan
  • Doujinshi       : bukan mangaka arus perdana. Pelukis yg publish komik sendiri atau xrasmi.
  • Live Action   : aksi yg nampak benar @ realistik
  • Music           : muzik
  • Military         : askar/tentera
  • Cooking       : masak2
  • Magic          : magis, sihir, ada kuasa2 ala2 mcm harry potter gitu..

Mari belajar melukis manga: Semua tutorial link (yang aku tau ah)

Berminat nak melukis manga? Melukis manga bukan senang. Kena berlatih dan faham cara dan teknik melukis serta menyusun manga supaya menjadi lebih menarik. Aku xtau melukis manga tapi aku selalu baca tutorials dia..saje je nak tambah ilmu..... mana tau pasnih aku leh try melukis.. Nak gak try.. Erm..satu hari nnti ahh.. Hahahah.. Ehem.. Nih tutorialsnye.. Setakat yang aku tau jelah.. So akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Manga tutorials : http://www.mangatutorials.com/index.php?do=/














Manga tutorials nih ada basic segala tutorials korg nak pasal melukis manga tapi xdelah excellent sgt.. Boleh tahan jelah.. Tapi bagus gak sbg rujukan asas/awal.. In english ye..

Deviantart: http://browse.deviantart.com/?qh=&section=&q=manga+tutorials
Deviantart adalah web paling best yg korg leh dapat pasal tutorials.. Web nih asalnya utk semua peminat dan pengamal seni yang berminat nak perkenalkan karya, atau nak promosi atau nak jual karya korg kat sini.. sgt bagus..truly.. banyak tutorials yg bukan sahaja cara belajar melukis manga tapi gak cara melukis watak, manusia, binatang etc etc.. Apa2 je ada di sini. Janji korg kena pandai cari.. Korg kena pandai cari, pilih, and jgn lupa try! Cara nak mencari: guna search button , tulis Manga tutorials , drawing tutorials, colouring tutorials, toning tutorials, paneling tutorials dan sebagainya.. Ok..selamat mencari!

Drawing how to draw : http://www.drawinghowtodraw.com/ 

Dragonart.com : http://www.dragoart.com/comics-c296-1.htm


Lain-lain:

Screen Tones: 
1.  http://psychobob.xepher.net/screentonez/
2.  http://shounenaigo.comicgenesis.com/tone/

Tak ada kaitan cara melukis tapi kat sini ada koleksi ton yang menarik utk mewarnakan manga. Apa itu ton utk mewarnakan manga?? Ton tu bayang atau bahagian gelap dalam sesuatu manga.. Ada bnyk jenis screen tone. Ada bentuk binatang , titik, bintang dll.. Tgk sampe nih, korg tau ah apa bendanya.