Selasa, 5 Julai 2011

Digital Art : Seni kontemporari yg semakin diminati.
















Seni Digital / Lukisan Digital semakin diminati abad ini. Apa itu seni digital? Seni Digital merupakan hasil karya seni yang dihasilkan menggunakan manipulasi perisian komputer. Dalam arus moden skang, seni digital dilihat semakin menjadi pilihan utama. Kenapa ye? Nih pendapat aku yg secara xlangsung melibatkan diri dlm digital art.

1. Jimat duit (dari aspek material).
    Tak perlu beli kertas, pen, pensel dan sebagainya untuk melukis. Apa yang diperlukan hanya komputer, dan alatan lainnya.  (utk pengetahuan yg xtau, barang dan alat seni SANGAT LAH MAHAL-kalo beli berulang, agak2 brapa belanja kena kuar?)

2. Tak kotor.
    Bila buat keje pakai komputer, tgn pon xdelah tercalit warna sana, warna sini kat badan.

3. Lebih mudah dan jimat masa.
    Terutama kalo jenis photo manipulation, ko edit gambo sana, gambo sini, tambah sana sini dh siap. Mudahnya bila salah buat, delete je layer tu dan buat balik. Kata ah cat air kalo salah dh xleh nak ejas. Tapi guna komputer, buang je layer yang salah, dh selamat hasil.

4. Hasil hampir sama mcm seni konvensional.
    Dlm perisian Adobe photoshop, ada beberapa aplikasi yg hampir sama kesannya mcm cat air, cat minyak, krayon, pastel dan sebagainya. Xke untung tu?

5.  Boleh print benda yang sama berkali2
     Kalo catan cat minyak, walaupun buat lukisan yang sama, hasilnya xkan sama sebijik macam yg awal, mesti beza juga. Kalo komputer, print 4, 5, 10ribu kali po leh dapat sebijik cam asal.


Ok. Bagi yang berminat berjinak2 dalam digital art, pastikan korang kena ada benda2 ini:

1. Komputer dengan memori besar dan RAM tinggi. Sekurang2nya 2Gb RAM.

2. Perisian2 lukisan digital yang bersesuaian ngan jiwa anda. Pilih je salah satu. Download dari tenet dan pakai trial dulu. Kalo minat beli, kalo x try yang lain. Nak jimat, cetak rompak. Kat kedai2 komputer berdekatan anda ada jual.Contohnya:
     - Adobe Photoshop : Sesuai untuk digital painting dan manipulasi foto.
     - Adobe Illustrator : Sesuai untuk lukisan ala2 komik, doodle, vector art.
     - Corel Painter : Untuk catan apa2 je..


3. Mouse atau nak advance, drawing tablet.
    Kalo sekadar manipulasi foto, Mouse je dh cukup. Tapi kalo nak melukis, beli tablet. Paling popular skang Wacom. Boleh pilih antara intuous atau graphire. Intuous mahal sikit tapi best. Sebnarnya xde beza sgt. Nak jimat ambil yg murah.
wacom intuous
   
Ok. barang2 di atas sgt ah mahal... Tapi kalo jaga bebaik, tahan lama n berbaloi.. Serius. Ada pro dan kontra digital art nih. Bagi artis konvensional, seni digital tidak langsung dianggap sebagai seni kerana alat dan bahan, serta media yang digunakan bukan media sebenar. Malah seni ini juga ada risiko iaitu jika komputer rosak dan anda xsmpat backup, hilang lah usaha tuh. Harga hasil karya juga ada standard tertentu. Maksudnya harganya susah nak naik. Kalo konvensional, ambil contoh  Van Gogh, karyanya makin lama makin tinggi sehingga mencecah jutaan dolar sbb hasilnya unik dan xdapat dihasilkan lagi. Manakala status digital art yang boleh dicetak berulang mengurangkan nilai hasil itu.

Bagi aku, aku ske kalo hasil karya itu kita dapat rasa dan sentuh. Walaupun payah, tapi perasaan dia lain. Kita hasilkan karya menggunakan hujung jemari menyentuh satu persatu setiap inci permukaan karya tu, we put our soul into it. Lagipon makin susah makin best. Tapi tak pula aku rasa digital art tu teruk. Aku ske photoshop dan illustrator. Tapi aku lebih ske seni konvesional. Walau bagaimanapun itu lebih kepada pendapat individu. Terpulang kepada diri sendiri nak pilih yang mana.

Kepada yang nak mula menceburi bidang nih, Selamat berkarya!


-------------------------------------------------------------------
Panduan anda:

Seni konvensional : seni yang menggunakan alat/bahan/media yang kebiasaannya digunakan atau sepatutnya digunakan dalam jenis seni tersebut seperti penggunaan cat dan kanvas dalam catan. Antara seni konvesional termasuklah catan cat minyak, akrilik, arca, cetakan, ukiran.

Seni digital : seni yang memanipulasi bahan menggunakan perisian komputer. Contoh perisian komputer yang popular ialah adobe illustrator, adobe photoshop, corel painter, adobe after effects dan lain-lain perisian komputer.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan