Rabu, 21 September 2011

Projek Kraf Tekat -- mari buat motif tekat...!

Aiyaaa.. yang nih xdapat ajo..leceh.. so aku ajo teori n soh buat motif..ada yg buat elok, ada yg memain..pendek kata, secara teori diorg paham ahh..praktikal... hahah.. xpe..xpe..

Tapi cikgunya plak excited nak mam*** buat benda nih.. Soo... apa cikgu buat?? Yeyeh..cikgu menekat..!!

wokeh..menggunakan teori yg difahami masa baca buku rujukan seni, cara membuat tekat secara tradisional, aku rasa cm boleh buat dengan jayanya. So aku pon buat ahhh.. cari bahan2..Xcited nih..

Bahan2 nya:
1. bingkai/pemidang jahit--dah mmg penah beli (jenis ringkas) utk buat projek masa tingkatan 3 dulu.ada lagi.. (yang kayu warna coklat tu bingkai)
Perhatikan yee.. ada corak putih tu..itu mempulur. aku saje test letak nak tgk lawo ke x.


2. Mempulur. Kacang je..lukis n potong. mula2 lukis atas kertas lukisan. dah bajet nak buat saiz bingkai so senang jahit. pastu pindah lukis atas kadbod tebal. pastu potong bahagian xnak. SIAP!!! (atas -no 1- tuh mempulur lain yg SUSAH nak dibuat) tapi bila dah siap potong, lawo plak..nnti dah siap yg nih aku nak buat atas nih..) (sempat ke?)






3. Benang emas/perak--untuk menjahit mempulur.


4. Benang kapas - untuk menjahit mempulur pada kain dasar/irasan. Dan juga menjahit & mengikat benang emas/perak pada mempulur.


5. Kain baldu - untuk dijadikan kain dasar atau dikenali juga sebagai irasan. Pilih warna gelap. so aku pilih biru n maroon. Yg nih buat biru dulu.huuhuu (yang biru tu kain baldu)

 
 
6. Cuban - pengikat benang emas/perak. since xtau mana nak cari, aku pon buat sendiri. guna lidi sate je..pastu ikat ngan benang.. Pada cuban nih leh ah gulungkan benang emas/perak..



7. Boleh mula menjahit!

 











Serius..kalo korang rasa benda nih senang... KORANG SILAP BESO!!!! SILAP BESO!!!!
SUSAH NAK MAMPOS!!!! Waaaaaa!!!!!!! (nangis laju2)


7 ulasan:

  1. Assalamualaikum. akak, macam mana akak jahit mempulur tu? (dalam gambar last tu). saya tak faham la. :)

    BalasPadam
  2. Boleh tak sy contc cikgu? Utk bertnya dgn lebih lanjut pasal tekat ni

    BalasPadam
  3. asal tkde hasilnya.mcm mana tau rupanya lps dh jahit2 tu???

    BalasPadam
  4. tu bunga apa kak?

    BalasPadam
  5. minta izin utk saya ambil template corak mempulur tu ya untuk tujuan pendidikan seni tekat PSV kepada pelajar saya. terima kasih :)

    BalasPadam