Rabu, 24 Ogos 2011

Cikgu Farah dah gila..

La nih ngah xcited tahap cipan ngan anyaman.. Since tajuk form 1 ada tajuk anyaman.. so aku nak buat sample.. xmo ah pakai kertas.. boring lak.. nak potong satu2.. so aku pakai reben mcm sample dalam satu laman web aku tgk nih..

http://intan-hmd.blogspot.com/2010/09/my-art-piece.html

nih contoh dia buat..
lawoo je dia buat.. aku pon nak buat. so aku pon beli ah reben.. elok2 nak beli bnyk2 budak aku plak sbb xbwk barang diorg beli reben aku.. adehhh... stok akuuu... pastu ngan xbestnya aku pegi mencari2 reben di pasaran.. jumpa satu kedai nih.. harga reben dia lg murah dr yg aku beli dulu. Sblom ni Rm1.60. kat sini RM1.20. tanpa b'pk pnjang aku pon pilih2 reben2 ingat2 sbb kalenya lagi bnyk dr psaraya aku tgk tuh.. n harga plak murah2. sedar xsedar aku merembat 30 reben.. sbb tuh org kedai bg diskaun jadi RM1 satu reben.. RM30 aku habis beli reben je..  So, kesimpulannya... Cikgu Farah mmg dah gila...

 Atas tu reben menggila aku beli.. bawah tu koleksi lama.













Uhhh..dah siap kang aku upload gambo.




Beberapa items baruuu..

Banyakbarang baru aku beli kali ni.. Bukan sebab ianya item raya.. tapi sbb aku xleh tahan nafsu.. Err..puasa pon xleh tahan nafsu???

Well inilah item2 tersebut.. Item/aksesori utk kamera aku..

xde keje..  Beli secara online.. Dari shashinki dan lelong.

1. Tripod.. hebat nye tripod.. jgn tanya harga... huhuhu.. yg bestnya--leh tanggal satu kaki jadikan monopod! niceee!!! Colour sama--merah



2.  remote control utk kamera aku.. Utk trigger shutter supaya dpt amik gambo dari jarak jauh.. xyah susah2 nak tekan..pasnih aku leh ah masuk dlm gambo!! yeyeh!!



















3.  Cleaning tools.. AKu  nye cleaning cloth dah hilang. So aku susah hati kamera aku nampak comot.. xnak guna sebarang utk cuci dia. so aku beli ahh... Uhh.. satu set tu lagi murah drpd beli kainnya saje.. Berbaloi sket..



















4. Ini beli sbb dah xde keje.. serius aku dah xde keje... Reflector. Utk reflec cahaya datang ke arah subjek. So xyah ah lebih2 pakai flash..  Flash sakit ati ahhh.. Aku beli sbb aku rasa pasnih maybe aku nak serius amik gambo sana sini.. hehehe...



















5. Ini lagi ah ... mmg nak memuaskan hasrat diri.. Aku dah lama nak beli.. n sebab didatangkan dengan set yang hebat.. aku tros beli setelah berpikir sikit... (xberpikir panjang)... Ada banyak benda dalam set nih.. Err.. lupa nak gtau.. Ini filter.. Uh  aku blom try lagi.. dah try nnti aku tunjuk apa bestnya filter nih.. Free bekas utk filternya lagi... heheheh...

















Barang nak beli --- On the list...

1. Lense.. Tamron 18-200mm f/3.5-6.3 XR DI-II LD Aspherical (IF) AF Zoom Lens with Macro (Canon EOS) (Import) --- tapi harganya agakk.. uhhh... Tapi better dari jenama canon yg dua kali harga benda nih.. (yg nih RM800)  So... tunggu ah ko.. aku bakal... bakal... beli... uhh... moneyy..












2.  Canon EF-S 18-135mm f/3.5-5.6 IS Lens (Canon Malaysia) .  Asalnya nak beli nih.. tapi RM 1.4k .. Uhhh...













Selasa, 23 Ogos 2011

Berbuka Puasa

Bulan pose nih org asyik pk buka puasa jee..  Hehe.. Kat skola aku sibuk kengkawan ajak buka puasa kat hotel.. Mak aihh.. aku bukan apa.. kalo nak bayar RM50++ hanya utk makan berapa kerat je baik xyah... Leh buat beli mkn 1 family.. Seyes!! Tapi sbb org paksa.. n bajetnya pulak diorg kata RM35, boleh ahh.. janji bukan RM50++.. Yg tu cnfirm aku xnak!! So pegi ah kitorg kat err.. apa nama tempat tuh aku pon xingat, tapi  kat Shah Alam.. tapi sedap gak juadah dia.. wpun rm35 je.. Yg xbestnya esoknya mkn kat hotel concorde,bersama family, ada client sykt tmpat abg ipar aku keje sponser mkn.. heh.. Kalo free aku laaaagiiii xkisahhh!! hahaha..

Nih ngan kengkawan..









Kursus Induksi: LULUS!!!

Yeyeh... lulus gak kursus induksi aku.. skang nih ngah busy menyiapkan berbagai-bagai borang dan surat yang nak difotostat. Beberapa ingatan aku buat cikgu-cikgu baru yang on process nak confirm tu... SILALAH SIMPAN SEMUA SURAT DARI PPD, SEKOLAH DAN JPS dengan BAIK!! Sebab aku nih jenis x organize.. Haih-- surat tuh xdapat dikesan kat mana dan bahagian mana.. Tau berapa lama aku carik? seminggu!!  Diulangi... SEMINGGU!!! Cari kat meja kat sekolah xjumpa, cari kat fail peribadi kat rumah xjumpa.. adehhhh... sudahnya aku buat spring cleaning bilik aku.. segala fail, rak buku, almari dan sebagainya aku punggah dan kemas.. kertas2 ntah kejadah aku pon xtau berlambak aku jumpa.. tau x berapa banyak sampah (kertas2) berjaya dikumpulkan dari spring cleaning selama 3 hari 3 malam-- (jumlah xrasmi--hasil campuran jam beberapa hari mengemas..)?  3 plastik beg sampah hitam.. Diulangi-- 3 plastik!! Adehh.. tapi baguslah! jumpa gak surat2 tuh... alhamdulillah!!!... tapi lambat ah aku hantar.. sedangkan result aku dah tau 3 minggu lepas dahh.. Ciss... Padan muka aku!!

Wokehh..skang tunggu kerani komplen je apa masalah.. rasanya aku dah setel mana patut dah... kot.... Uhhh...xsabarnya nak confirmmm...

Di bawah ni checklist apa surat yang diorg nak bila kita nak isi maklumat utk confirm : (sila mintak checklist ni drpd kerani). Tengok ah kalo surat2 tuh korang still simpan atau wujud lagi..Hohoho..


Selasa, 9 Ogos 2011

Cerpen aku: Rindu Saya Tak?

Cliche bunyinya? hehe.. Aku pon rasa cmtu. Tapi aku xtau nak letak tajuk apa... Apa leh buat. Setakat nih aku guna apa yang ada. Kuikuikui.. Dah siap lama dah. Tapi nilah baru ada masa nak post2 nih... Busy busy busy...

--------------------------------------------------------------------


RINDU SAYA TAK?

­­­­­­­­­­­­­­­­­
Jemarinya ligat menekan-nekan punat kekunci komputer ribanya. Sesekali dia menggosok-gosok matanya untuk menghilangkan kekaburan. Syira berhenti menaip. Tangannya diramas-ramas untuk mengurangkan kekejangan. Tangannya beralih pula menggurut-urut tengkuknya yang lenguh. Matanya membelek huruf-huruf di skrin komputernya sambil meneliti sebarang kesilapan.  Sesekali dia menghirup teh panas untuk memanaskan badan. Malam itu sungguh sejuk sehingga terasa ke sum sum tulangnya. Namun, jurnal kajiannya itu mesti disiapkan segera supaya dapat diserahkan kepada dekan universiti untuk dinilai secepat mungkin. Jurnal itu sangat penting  untuk peningkatan kerjayanya.  Syira melihat jam tangannya. Sudah jam 3 pagi. Sekali lagi matanya melihat ke arah skrin. Sikit lagi. Lepas ni bolehlah dia berehat. Sudah tiga hari dia tidak tidur. Syira menanggalkan kaca matanya dan menggosok batang hidungnya yang terasa kebas. Tiba-tiba kedengaran bunyi ketukan seakan-akan punat papan kekunci komputer ditekan. Dia mengenakan kembali cermin matanya. Matanya meliar melihat sekeliling makmalnya. Hening. Dilihantya kembali skrin komputer ribanya. Dia tersentak. Dadanya berombak kencang. Di skrin kompter itu tertera perkataan IBU berulang kali. Dia cuba membuang fikiran buruk dari mindanya. “Hmm.. penat sangat agaknya aku ni. eloklah aku tidur sekarang. ”

Syira mengemaskan meja kerjanya. Sambil mengumam ayat-ayat suci di bibirnya. Ini bukan kali pertama hal ini terjadi. Sejak dia memulakan kajian mengenai perubahan pemindahan DNA penyakit genetik pada bayi untuk mengelakkan kematian bayi secara pra-matang, Syira sering diganggu imej-imej bayi yang sedang menangis. Mungkin kerana dia sering memerhatikan sampel bayi pra-matang pada bikar untuk kajiannya, imej-imaj bayi tersebut sering mengganggu mindanya.  Syira mengunci makmalnya sambil berjalan di sepanjang lorong di fakultinya menuju ke tempat letak kereta. Dalam setiap langkahnya, dia terasa bagaikan ada bunyi seperti sesuatu sedang diseret. Dia berhenti melangkah. Cuba mendengar dengan lebih jelas. Bunyi itu tidak kedengaran lagi. Syirah menyambung kembali langkahnya. Sekali lagi di setiap langkah perjalanannya kedengaran bunyi seoalah-olah derapan kaki. Kali ini kedengaran lebih dekat. Syira berhenti sekali lagi. Kali ini dia cuba memandang ke belakang. Namun tiada kelibat sebarang manusia di lorong yang gelap itu. Syira menoleh kembali. “Puan, tengok apa tu?” Syira terkejut. Jantungnya berdegup kencang. Terasa bagaikan nak tercabut nyawanya ketika itu. Tepat di hadapannya kelihatan susuk lelaki berpakaian pengawal, namun berwajah seorang bayi, sama seperti spesimen di makmalnya. “Subahanallah!” terpacul di mulutnya kalimah suci mengagungkan Allah. Dia memejam matanya sambil membaca ayat qursi. “Puan Syira. Ini saya lah, Ridzuan. Kenapa ni? Ada masalah ke?” Tegur suara tadi. Sekali lagi matanya dibuka. Kali ini wajah bayi itu tiada lagi. Yang perpampang di depannya kali ini jelas wajah Ridzuan, pengawal syif malam di fakultinya. “Huh? Oh. Ridzuan rupanya..” keluh Syirah sambil menarik nafas lega. “Kenapa Puan Syira? Macam nampak hantu je..” tegur Ridzuan cuba bergurau. Riak wajah Syira berubah. “Mungkin ye. Mungkin tidak..” jawabnya. Kali ini wajah Ridzuan pula berubah. “Erm..Puan nak ke mana ni? Meh saya temankan” senyum Ridzuan, kelat. Cuba menceriakan keadaan. “Boleh juga.” Hati Syira terasa lebih lega.

Lagu I Believe I Can Fly nyayian Seal berkumandang di keretanya. Syira perlahan-lahan mendendangkan lagu itu mengikut iramanya. Lega hatinya setelah dapat meninggalkan perkarangan kampus. Deringan telefon bimbit mematikan nyanyian Syira. Dilihatnya nombor yang tertera di skrin telefon. Nombor yang tidak dikenali. “Hello, Assalamualaikum?” sapa Syira tertanya-tanya. Namun apa yang didengarinya di hujung talian cuma bunyi dedaun berdesiran dan angin bertiupan. Syira pelik. “Hello. Siapa bercakap ni?” kali ini suaranya lebih tegas. Dia tidak suka orang mempermainkannya. “....ibu....” kali ini terdengar suara bayi diiringi rengekan panjang. Syira terkejut lantas segera mematikan telefonnya. Dadanya berdebar-debar. “Siapa pulak nak mainkan aku ni...!” Syira kesal. Dia tahu dia sentiasa bersikap tegas dengan pelajar-pelajarnya. Namun sebagai pensyarah, sudah menjadi tenggungjawabnya memastikan pelajar-pelajarnya menghasilkan kerja yang sempurna supaya mereka dapat meningkatkan mutu pembelajaran mereka. Sejenak kedengaran sekali lagi deringan telefon. Kali ini bunyi itu menandakan masej dihantar masuk. Syira cuba mengawal perasaan. Dikuatkan hatinya membaca masej itu. “Ibu, kenapa tutup telefon?” Syira tersentak lalu segera mencampakkan telefom bimbitnya ke tepi. Seraya itu panggilan telefon berdering lagi. Syira membiarka sahaja telefon itu berbunyi sambil menyumpah-nyumpah dalam hati. Deringan telefon terus-terusan berbunyi, membuatkan hatinya bertambah bengkak. Dia bertekad akan mengambil tindakan terhadap sesiapa juga yang mempermainkannya. “Hello, siapa ni? Jangan main-mainkan saya! Jangan ingat awak akan terlepas dari saya bila awak buat kerja macam ni. Kalau berani sangat berdepan dengan saya, pengecut!” tempelak syirah. Benci sungguh dia dengan sikap pelajar-pelajar yang tidak matang. Nama sahaja pelajar universiti, namun sikap tidak ubah seperti pelajar sekolah rendah! Serta merta panggilan di talian terputus. Syirah puas hati. ”Tahu takut.” desisnya dalam hati.

Syira meneruskan pemanduannya. Fikirannya sarat memikirkan siapa dalang di sebalik ‘permainan’ ini. Dia akan memastikan pelajar itu dikenakan tindakan tatatertib. Tidak semena-mena radio yang memainkan lagu ‘Mama’ nyanyian Boys To Men tersekat sekat bagaikan kehilangan siaran. Dicubanya membuka siaran yang lain. Nyayian lagu ‘Ibu’ nyanyian kumpulan nasyid Aiman pula berkumandang. Diubahnya siaran lain. Lagu ‘Ibu’ nyanyian Allahyarham Tan Sri P. Ramlee pula kedengaran. Hati Syira berdebar. Kenapa semua lagu bertajuk Ibu? Apa ni? segera dia mematikan radionya. Kali ini dipasangnya pula CD lagu nyanyian Mariah Carey. Tidak semena-mena CD nya tertutup sendiri. Kali ini radionya pula terpasang sendiri. Syira kaget. Siaran radio yang kerap tersekat dan memainkan beberapa lagu seolah-olah lagu medley menggusarkan Syira. Kenapa ni? Rosak ke? desisnya dalam hati. Puas ditekan-tekan punat radionya namun tidak mendatangkan hasil. Medley yang menggabungkan beberapa lagu seakan-akan menyanyikan dialog tertentu. Kali ini Syirah cuba mendengar. “...i..bu..to...long...bu...ka...pin..tu...”  dada Syirah berdebar. Jantungnya berdegup kencang. Dia mencuba menutup radio sekali lagi. Berjaya. Dicubanya pula fokus pada pemanduannya. Tiba-tiba terdengar ketukan di tingkap keretanya. Tanpa berfikir Syira menoleh. Dia terkejut. Tubuhnya menggigil. “Ya Allah!!”  Kali ini dia benar-benar takut. Dilihatnya seorang bayi menyerupai spesimennya terapung-apung di bahagian luar cermin kirinya. Sambil memandangnya dalam keadaan sayu, bayi itu seolah-olah cuba menyatakan sesuatu. Tidak semena-mena radionya berbunyi lagi. Kali ini suara seakan-akan bayi merengek diikuti suara bayi kedengaran. “Ibu....buka pintu...” tangisan bayi kedengaran lagi... Syira panik. Tubuhnya terasa lemah... Dalam ketakutan dia menjerit  “Tidakkkk!!!...... Tidakkkkkk!!!!”  Air matanya mengalir laju. “Mengapa aku? Mengapa aku? Kenapa kau ganggu aku???”  Air matanya makin deras. “Ibu......!!!”  kali ini suara itu bukan lagi di radio, tetapi tepat di telinganya. Dirasakan benda umpama tangan keciil merayap di tengkuknya. Dari cermin pandang belakang dia dapat melihat tubuh bayi memaut di kepalanya. Syira panik. Dia menjerit histeria. Tangannya terlepas dari stereng , cuba mengalihkan bayi itu dari kepalanya. Sejurus kemudian, keretanya menyerong ke bahu jalan, terjunam ke bawah.                               

***

Peluh memercik mambasahi tubuhnya. Nafasnya turun naik mendengus kencang. Syira cuba berlari. Namun semakin dia cuba berlari, semakin bayi itu menghampiri tubuhnya. “Jangan!! Jangan.....!!! Pergi!!! Pergi....!!! Jangan dekat dengan aku!!!! Pergi......!!!!!” jerit Syira. Dia semakin hilang kewarasan. Mengapa kau pilih aku? Kenapa bukan orang lain? Kenapa kau ganggu aku....??? Kali ini dia benar-benar bingung. Apa salahnya? Kenapa dia diganggu? Dia tidka pernah berbuat jahat pada orang lain. Kenapa dia diuji sebegitu?  “Sebab saya rindukan ibu...........”  bayi itu kini berada di hadapannya. Memeluk mukanya sambil tersenyum menyerigai, menampakkan giginya yang kecil namun tajam. “ Saya nak ibu tamankan saya di sini........!”  laung bayi itu sambil membuka mulutnya luas-luas lalu menggigit pipi kiri Syira. Serta merta Syira menjerit kesakitan yang amat sangat. separuh pipinya tercabut disiat-siat gigitan bayi itu. Syirah menjerit meraung kesakitan. “Abang Yus....!! Tolong....!!!!!”  Pandangannya kabur.

***

“Syira! Syira ! Bangun sayang! Bawa bertenang!”  bahu Syira digoncang kuat. Syira masih lagi histeria menjerit perkataan Tolong! Tolong!.  Sesekali tubuhnya terangkat dan matanya terbeliak seolah-olah merasai kesakitan yang amat sangat. Yusri gusar. Inilah kali pertama dia melihat keadaan isterinya sebegitu. Ya, Allah. mengapa kau uji isteriku dengan kesakitan sebegitu rupa. Apakah salahnya? Doktor segera menenangkan Syira dengan memberikannya ubat penenang. Syira kembali tenang dan tidur nyenyak seolah-olah tiada apa berlaku. Yusri menggenggam erat tangan Syira sambil membacakan ayat Qursi.
Syira tersedak. Seolah-olah cuba mencari nafas. Nafasnya tercungap-cungap. Perlahan-lahan dia membuka matanya. Dia memandang sekeliling. Dia cuba mengingat kembali di mana dia berada. Dilihatnya Yusri sedang tidur, sambil menggenggam erat tangan kanannya. Kelihatan kesan balutan simen di tangan kirinya. Kaki kanannya juga dibaluti simen. Syira megeluh. Dalam dan lama. Nampaknya kemalangan malam tadi bukan mimpi. Sepanjang hidupnya , tak pernah dia mengalami kemalangan serupa itu. Syira tersentak. Kali ini dia cepat-cepat memegang pipi kirinya. Masih ada. Cuma terdapat kesan balutan kecil di dagunya. Syira menarik nafas lega. Apa yang berlaku semalam? Betulkah dia diganggu? Atau ini semua mimpi sahaja? Tindakan Syira mengejutkan Yusri. Segera dia mengangkat kepala, melihat keadaan Syirah. Serta merta dia menarik nafas lega. “Ira dah bangun? Bila Ira sedar? Ira ok?” bertubi-tubi soalan diajukan Yusri. Syira cuba menenangkan diri dan memberikan senyuman manis kepada Yusri. “Baru tadi. Apa yang berlaku?” Yusri mengenggam tangan Syira. “Abang telefon Ira pagi tadi tapi Ira tak angkat. Abang risau. Ira tak pernah lambat balik macam ni. So, abang pergi ke kampus Ira. dalam perjalanan abang nampak ambulan. Abang rasa tak sedap hati. Rupa-rupanya memang Ira.” Dia mengusap-usap pipi Syira. “I’m really scared. You’re bleeding too much. I thought I’m loosing you”. Sayu suara Yusri mandakap tangan Syira ke pipinya. Dikucupnya tapak tangan Syira. Syira tersentak tiba-tiba. Dipegangnya perutnya, seolah-olah mencari sesuatu. “Baby kita sihat. Don’t worry” Yusri tersenyum manis. Cuba menenangkan Syira. “Alhamdulillah” Syira segera menarik nafas lega.

Sudah dua minggu Syira duduk di rumah. Sudah dua minggu itu juga kajiannya diambil alih oleh rakan setugasnya Eric dan Lisa. Kadangkala mereka akan menelefon ataupun datang ke rumah untuk bersama-sama membincangkan kajian mereka. Yusri juga sudah seminggu kembali bekerja. Walaupun dia berasa berat hati, Syira berjaya memujuknya untuk kerja semula. Kadang-kadang Syira teringat kembali kejadian yang menimpanya sebelum kemalangan. Sampai kini dia masih tidak pasti sama ada kejadian itu benar-benar berlaku, ataupun sekadar bermimpi ngeri. Doktor juga telah mengesahkan punca kemalangan adalah kerana dia terlampau letih. “Syira, hey! Come back to earth!” Syira tersedar dari lamunannya. “Huh...? apa U cakap tadi?” syira cuba kembali ke tajuk perbincangan. “I said, when will U deliver? It’s a miracle anak U tak ada masalah masa kemalangan tu berlaku. Tengok dari gaya kereta U, anybody will say that both U and your baby would’nt be survive” terang Eric. “Betul tu. I really thought that you’ve lost your child when I heard the news. Nampaknya tuhan betul-betul sayangkan U. Setakat patah tangan dan kaki. No internal damage. Body U betul-betul tough” sokong Lisa. Syira hanya mampu tersenyum. Menghirup teh. Cuba berfikir sesuatu. “I really grateful nothing worst happened. Semenjak I kahwin dengn Yus, inilah kali pertama anak I betul-betul menjadi. Tiga kali i mengandung, tiga kali itu juga I gugur. Tak pernah mencecah 5 bulan. I jadi takut. Now it’s already seventh month. I think this one will survive. Tangannya mengusap-usap perutnya. “U pun satu. Dah nak meletup masih lagi nak balik lambat, buat kerja sampai ke pagi. Jagalah sikit kesihatan U tu. Kan kami dah janji kami akan selesaikan research ni. Buat apa U nak fikir banyak-banyak. Lagipun dah nak dekat due dah. Ambillah cuti. Bawak berehat. Takkanlah tak percaya kat kami pula.” Bebel Lisa. Syira tergelak kecil. “Ok.ok. I pon dah bincang perkara ni dengan Yus. Dia pon nasihatkan I ambil cuti. Tapi I rasa xsampai hati nak tinggalkan research tu. Almost two years kita usahakan research tu. Dan sekarang dah hampir dapat hasil. I don’t want to miss this historical moment. “  “Well, apa nak risau. Kitorang kan ada. Apa je perkembangan terbaru kitorang record and report to you. And the best thing is, siap special delivery hah. Betul-betul sampai ke pintu rumah U macam sekarang” Mereka sama-sama tergelak kecil.

Senyuman Syira terhenti. “Um.. guys, I nak tanya.. Sepanjang dua minggu ni. I means, sepanjang kita start research kita, ada tak something bother U all?” Eric dan Lisa berpandangan antara satu sama lain. “Hmm..? Maksud U?” Eric cuba mendapatkan kepastian. “I means, urm.. macam dengar bunyi ke, like..baby’s crying...?” Syira cuba menjelaskan dengan cara sehalus mungkin. Wajah Eric dan Lisa berubah. “What do you means? U pernah dengar ke bunyi-bunyi macam tu?” ujar Lisa. Syira terdiam sambil menghirup tehnya. Perlahan-lahan fikirannya menerawang mengingat kembali kejadian malam itu. Lisa semakin tidak sabar. “Syira, I’m talking to U ni..! Seriusly, U ada kena ganggu ke?”   “Well, sort off....” lambat-lambat Syira menjawab. Eric dan Lisa berpandangan antara satu sama lain. Masing-masing menunjukkan riak kerisauan. “When? I means, bila U kena ganggu? Bila start? Yusri tahu tak hal ni? ” bertubi-tubi soalan Eric sambil disetujui oleh Lisa. “Yus tak tau. I pun tak pasti sangat. I means, benda nih taklah teruk sangat pada asalnya. Sebelum ni I cuma dengar suara-suara je. No significant shape or such. Well. Asalnya I anggap coz I letih je. U know, research ni kan penting. I obsorb sangat dalam research ni sampai buatkan I hearing and seiing things. I tak naklah jump into conclusion just because some minor things. U taulah. I kan tak percaya sangat benda-benda macam ni. I’m a person of science okay. I only believe in solid proof ” terang Syira , lebar. Dahi Eric dan Lisa berkerut  “And then...?”  Syira mengeluh keras. “Well, then comes those day. Malam I kemalangan. I saw things.. like.. a baby. Exactly macam spesimen kita. Mula-mula muka Si Ridzuan, then when I was in car, things happen again. I ingat benda ni jadi bila I kat lab je. Tapi ... ugghhh... I tak taulah. Maybe it’s just my imagination. Maybe betul kata doktor. I letih sangat..lagipun sepanjang dua minggu ni tak ada apa-apa berlaku pun... arghhh.. just forget about it okay. Pretend U don’t hear that from me, kay” Syira cuba menangkan dirinya, mengharapkan sokongan rakan-rakannya. Eric memandang Lisa lalu mengeluh kecil. “If U say so...”
Syira mengemaskan meja makan. Yusri telefon mengatakan dia akan lewat sedikit dan akan makan bersama-sama rakan sekerja. Sambil membasuh pinggan Syira memasang muzik instrumental dari Beethoven untuk menenangkan diri. Kedengaran bunyi pintu dibuka dan ditutup. Risa melihat jam dinding. Jam 10 malam. “Yus? Abang ke tu..?” Syira cuba mendapat kepastian. Tak mungkin orang lain sebab dia yakin dia telah mengunci pintu rumah sebelum ke dapur.  Yusri pula ada kunci pendua pintu. Kalau orang lain dah tentu mereka akan tekan loceng atau ketuk pintu dulu. Lagipun dia tidak pula mendengar bunyi engin kereta Yusri. “Yus..??” sekali lagi Syira cuba memastikan. Namun tiada sesiapa di ruang tamu. Yang kedengaran hanya gema lagu Beethoven di segenap rumah. Syira bergerak kembali ke ruang tamu. “Ibu..” sekilas bunyi suara bayi kedengaran. Jantung syira berdebar. “Siapa?“ Syira cuba memastikan sambil melihat sekeliling. Tolong.. tolonglah jangan berlaku lagi.. Ya Allah. Melihatkan tiada sesiapa di sekeliling, Syira segera ke dapur, cuba mencapai telefon bimbitnya. Sebaik telefon dipegang, tangannya ditarik sesuatu , seolah-olah tangan bayi. Muncul di hadapannya bayi yang menyerupai spesimen di makmalnya. Seperti juga bayi yang muncul di keretanya malam itu. “Ibu nak telefon siapa?” wajah bayi itu menyerigai. Wajah Syira berubah pucat.

***

“Assalamualaikum. Awak Yushira kan? Dari kelas Bio Introduction. First year?”  Ujar lelaki berkaca mata berbingkai hitam kepadanya. Shira hanya terdiam. Tidak menjawab. Matanya kembali ke buku   The Biology of Belief : Unleashing the power of Power of Consciousness, Matter and Miracles
nukilan Bruce Lipton.  Sesungguhnya dia tidak suka orang mengganggunya ketika dia sedang membaca buku. “Aahhh... no respond. This is awkward” keluh lelaki itu. “Boleh saya duduk di sini?” masih tiada respon. Lelaki itu terus melabuhkan punggungnya ke kerusi bertentangan tempat duduk Syira. “Hmm.. The Biology of Belief. Aww... serious book.  Awak suka baca buku macam ni?” masih tiada respon. Lelaki itu mengeluh. “Yushira, awak tak suka saya ke? Teruk sangat ke saya sampai awak taknak layan saya langsung? Sampaikan salam pun tidak dijawab?” Syira mengeluh. Apa yang lelaki ni nak? Syira bukan tak kenal lelaki tu. Izhan Affendi. Antara jejaka pujaan gadis-gadis di kampus mereka. Senior tahun ketiga. Aktif aktiviti sukan di kampus. Sehinggakan gadis-gadis dari fakulti lain pun tergila-gilakannya. Itu pun bukan dia yang tahu sendiri. Rakan sebiliknya yang begitu tergila-gilakannya yang menceritakan semua ini kepadanya. Bukan sekali dua dia ternampak Izhan berdua-duaan dengan gadis-gadis di kampus. Malah setiap kali dia ternampak Izhan, lelaki itu pasti bersama gadis lain. What? Suddenly I’m on his list? Ibunya selalu berpesan, belajar bersungguh-sungguh. Jangan lalai dengan aktiviti lain. Keluarga Syira bukan keluarga senang. Mereka keluarga petani di kampung. “Maaf. Saya ada kelas.” Syira berlalu pergi.

***

“Ira..!!  Ira... Bangun sayang!! Kenapa Ira kat sini” cemas suara Yusri. Ira membuka matanya. Wajah Yusri kelihatan cemas.  “Hmmm.. abang.. Ira kat mana ni..?” soal Syira, bingung. “Look at you. What happened? Abang balik ,bagi salam tak berjawab. Abang ke dapur, tengok Syira dah terbaring kat sini. Syira call abang tadi kan? Abang angkat and abang dengar suara Syira menjerit. Abang terus balik. Are u okay? Baby kita ok?“ Syira masih kebingungan. Cuba mengingat kembali apa yang dah berlaku. Serta merta dia tersentak. Dirabanya tangannya, perutnya dan melihat sekeliling. Hanya Yusri di situ. Dia menarik nafas lega. “Hmm.. I’m fine. I’m sorry. Tadi perut rasa sakit. So, Ira call abang. Mungkin masa tu Ira pengsan.  It’s fine now. I’m ok.” Dia cuba menenangkan Yusri.  “No.no.no.. I’ll bring U to the hospital. Doktor pun ada pesan kalau perut Ira sakit, bawa terus ke hospital. Maybe akan ada effect lepas kemalangan tu.”

***

“Hmm.. blood pressure agak tinggi.  Maybe post traumatic akibat kemalangan tu. Perkara sebegini biasa berlaku.” “Betul ke doktor? Akan ada kesan jangka panjang tak?” ujar Yusri, risau. “Urmm.. tak mustahil. Memandangkan sekarang kandungan Puan Yushira dah hampir due, eloklah En Yusri sentiasa bawa dia untuk pemeriksaan. Sekarang ni, apa yang Puan Yusyira perlukan, rehat yang mencukupi dan kurangkan berfikir tentang kejadian itu. Buat aktiviti yang boleh membuatkan dia lupa tentang trauma itu. Buat masa sekarang saya akan admit Puan Yusyira di wad untuk dua hari. Untuk rawatan lebih lanjut. Check darah dan X-ray. Since dia maybe jatuh.  We’ll make things sure before we release her.”  Yusri memandang wajah Syira  yang kelihatan lemah sambil mengeluh dalam.  Cukuplah dengan kehilangan zuriat2 mereka. Dia tidak mahu kehilangan Syira pula.

***

 “Ibu...ibu......!!!”  Syira terjaga. Laungan yang agak kuat itu mengejutkannya. Dia memandang ke sekililing. Kelihatan Yusri sedang nyenyak tidur dibaluti selimut di kerusi tamu di wad kelas pertama itu. Kelihatan kepenatan. “Ibu...ibu..... di sini...!” Suara itu kedengaran lebih jelas. Serta merta Syira menoleh ke arah suara tersebut. Kelihatan dari arah pintu masuk, seorang bayi yang tidak sempurna tubuhnya, berlumuran darah di sekeliling kaki dan badannya. Isi perutnya kelihatan terburai sambil tubuhnya mengengsot, membawa isi perutnya menuju ke arah Syira. Serta merta wajah Syira bertukar pucat. Tubuhnya menggigil. Dia ingin menjerit, namun suaranya tidak kedengaran. Yang didengarinya hanya bunyi nafasnya sahaja. Tersekat-sekat. Dia ingin memaut ke arah suaminya, namun tubuhnya kaku, terasa lemah sekali. Dicubanya lagi. Namun semakin dicuba semakin lemah tubuhnya. Bayi itu semakin dekat. Syirah semakin ketakutan. Dengan pantas dia cuba pula bergerak menggunakan tangannya, sambil memaut ke tiang katil. Pergerakan yang tidak lancar membuatkan dia terjatuh dari katil. “Ibu... ibu...jangan pergi.... Jangan tinggalkan saya.... Ibu.....” Suara itu, walaupun halus, namun cukup menaikkan bulu romanya. Syahdu tetapi cukup mengancam. Suara itu seakan-akan menahan tubuhnya daripada bergerak. Cuma beberapa tapak sahaja dari Yusri, namun kudratnya seolah-olah sudah hilang. “Jangan.. jangan dekat! Pergi...! Pergi..! Jangan dekat dengan aku!!! Pergiiiiii.....!!!!” Syirah semakin histeria. Bayi itu semakin mendekati sambil tersenyum menyerigai. “Saya takkan tinggalkan ibu lagi..saya akan terus bersama ibu.. Kita akan bersama selama-lamanya.. Ibu.. temankan saya di sini ibu......” Semakin rapat menghampiri. “Tak nak!! Aku tak nak!! Pergi !! Jangan dekat!! Abang Yus, tolong Syira!! “ sungguhpun suaranya dilaungkan sekuat hati, namun tidak didengari. Tangisan Syira makin laju. Dia sebak. Mengapa dia diganggu begini? Siapa punya angkara?? “Ibu..saya rindu ibu..” Kini bayi itu mencapai pula tangan Syira, menyebabkan tangisan Syira semakin laju.. “Tolong lah jangan ganggu aku..Apa salah aku?  Kenapa kau ganggu aku? Aku bukan ibu kau!!” Syira sudah tidak bermaya lagi. Ya Allah, andai ini mimpi, kejutkanlah aku daripadanya, jauhkanlah aku dari gangguan syaitan yang direjam.. Ya Allah!!, tolonglah aku!! Jeritan Syira mengejutkan Yusri. Dilihatnya Syira seakan-akan diserang histeria. Menjerit melolong minta jangan diganggu. “Ya Allah, Syira! Kenapa ni? Bawa mengucap  Syira! Bawa mengucap!”

***

Syira mengenakan lipstik berwarna merah jambu di bibirnya. Diratakan lipstik itu di seluruh bibirnya. Sesekali diperbetulkan eyeshadow dan bedak pada mata dan pipnya. Dia perlu memastikan wajahnya dan penampilannya  sentiasa cantik dan menarik. Dia tidak mahu disebabkan kegagalannya menjaga penampilan, menjadikan alasan kepada Izhan Affendi untuk meninggalkannya. Malam ini mereka akan keluar lagi. Sudah tiga bulan mereka berpacaran.  Dia yakin hubungan mereka serius. Itulah yang sering dikatakan oleh Izhan kepadanya. Dia adalah wanita paling istimewa yang pernah dikenalinya. Syira yakin dan percaya kata-katanya. Riak Izhan begitu ikhlas ketika mengucapkannya. Sungguhpun ramai yang menasihatinya supaya berhati-hati dengan mulut manis Izhan, Syira merasakan yang kata-kata itu hanya diluahkan oleh mereka kerana rasa cemburu dengan kemesraan Izhan padanya. Iyalah, tak pernah sekalipun Izhan keluar dengan mana-mana wanita melebihi dua minggu. Hubungan mereka telah mencecah tiga bulan. Malah Izhan pernah berjanji untuk memperkenalkannya dengan keluarganya. Syira berasa begitu gembira dengan keikhlasan Izhan. Sebuah kereta BMW  S Series berhenti di hadapan perkarangan asrama. Syira segera menuju ke arahnya. Izhan, sambil memegang sejambak bunga ros merah, segera keluar dari kereta sambil memberikan senyuman manis. “Assalamualaikum, sayang. Happy birthday. Ini untuk U, my dearest  sweeetheart”  Syirah menerima bunga itu dengan hati berbunga riang. “Thank U sayang. Kita nak ke mana ni?” ujar Syira penuh tanda tanya. “Well, U akan tahu nanti. Yang pastinya ini akan menjadi one of your most beautiful nights, before any others beautiful nights that I will ensure you.”  Izhan kemudiannya membukakan pintu  kereta untuknya sambil mencapai tangan Syira dan mengucupnya. “Shall we?” manis senyumannya. Syira tersenyum lebar keriangan.

***

“Ira, Ira ok?” Lega hati Yusri melihat Syira akhirnya terjaga. “Hmm..abang..urhhh...” pantas Syira memeluk Yusri, seakan-akan melepaskan derita yang cukup dalam. “Kenapa ni sayang? Apa dah berlaku? Cerita pada abang....”  Yusri melepaskan keluhan yang berat. Tidak pasti sama ada mahu percaya ataupun tidak. Nada Syira jelas kedengaran serius, sesekali terdengar esakannya. Yusri bukan tidak percayakan alam ghaib, namun dia agak sukar menerima kenyataan bahawa kejadian yang belaku pada Syira adalah gangguan makhluk halus. Dia lebih selesa mengaitkannnya dengan trauma secara psikologi yang dihidapi Syira akibat mengandung dan kemalangan tersebut. Namun, dia tidak pula mahu memandang remeh hal ini. “Abang akan cuba usahakan cari ustaz yang boleh membantu kita” ujar Yusri, cuba menenangkan Syira. Syira mengangguk-anggukkan kepalanya perlahan. Dia masih kelihatan sugul.

***

“Abang... abang Yus....” Syura cuba memanggil Yusri. Namun Yusri tidak kelihatan. “Ke mana agaknya abang Yus ini? Kalau dia nak balik, dia pasti akan beritahu dahulu.” getus Syira dalam hati. “Mungkin dia keluar kejap kot masa aku tidur.” Syira cuba menyedapkan hati. Suasana bilik di wad kelas pertama itu agak sunyi. Walaupun lampu terpasang sentiasa, suasana masih kelihatan agak menyeramkan. Dia betul-betul berharap Yusri akan kembali cepat. “Selamat malam Puan Yushira. Dah tenang sedikit?” seorang jururawat berbangsa Cina datang membawa troli dipenuhi ubat. “Ok, saya akan ambil sample darah sikit. So, puan akan rasa sakit sedikit ye.” ujarnya dengan senyuman manis. Syira cuma menganggukkan kepala. “Suami saya mana?” “Hmm. Tak pastilah puan. Tadi saya nampak dia jawab panggilan telefon, kemudian dia keluar menuju ke arah lif.” “Ohh..ok. Dia ada cakap bila dia akan balik?” “Setahu saya, tidak pula, Puan” Syira mengeluh. Tiba-tiba dirasakan perutnya begitu sakit. Cukup pedih seakan-akan ditusuk benda tajam bertubi2. “Uhhh... arrrggghh...” pedihnya cukup terasa. “Puan? Puan tak apa-apa? Kenapa ni? Perut puan sakit ke?”  dirasakan celah kakinya basah.  “ Ehh.. air ketumban Puan dah pecah ni, saya panggil doktor sekarang” Cepat-cepat jururawat itu berlalu pergi. Syira terasa amat sakit. Inilah kali pertama dirasakan sakit yang teramat pedih. Dirasakan anak dalam kandungannya bergerak-gerak bagaikan direnjat kejutan elektrik. Syira melihat celah kakinya dibasahi darah. Jantungnya dirasakan  bagaikan hampir berhenti. Ya-Allah..

***

Syira gementar. Inilah kali pertama dia berada di tempat sebegitu. Dengan hanya berkain batik dia berbaring di atas tilam itu. Syira cuba menenangkan diri. Di sebelahnya, Izhan sedang memegang tangannya sambil cuba menenangkannya. “It’s gonna be ok honey. Trust me”. Syira takut. Bagaimana kalau berlaku sesuatu? Bagaimana kalau dia mati kerana pendarahan? Dia pernah medengar cerita-cerita yang tindakan sebegini akan mengorbankan nyawa. Syira benar-benar takut. Dia tidak mahu mati. “Iz, I takut....” ujar Syira. Air matanya mengalir. “ It’s gonna be ok, honey. I dengar banyak cerita dari kawan-kawan I yang bidan ni sangat berpengalaman. Dia dah biasa mengendalikan hal-hal macam ni. In fact, tak pernah ada kesan sampingan pada si ibu. Trust me, ok? I promise, after all these things finish, kita akan berkahwin.” “Why not now? Kenapa kita kena gugurkan kandungan ini? Kenapa tak kahwin je. I rasa tak sedap hatilah, Iz.”  Walaupun dengan kata-kata Izhan itu, hati Syira masih tidak berapa tenang. Kerisauan masih menganggu benaknya. Di benar-benar rasa bersalah, dan menyesal dengan tindakannya menyerahkan kemahkotaannya pada Izhan tempoh hari. Dia tidak menyangka dia akan mengandung, walaupun cuma sekali sahaja mereka terlanjur. Malah, ketika dia disahkan mengandung 4 bulan, dia menyangkakan bahawa penyakitnya cuma akibat perubahan hormon, seperti yang diyakinkan oleh Izhan. Izhan sendiri hampir menuduhnya curang apabila diketahui dia benar-benar mengandung. Namun, setelah beberapa minggu, ketika perutnya mula membesar, Izhan akhirnya menawarkan penyelesaian ini. Syira benar-benar rasa bersalah, dia teringatkan ibunya, keluarganya. Dia berjanji pada diri, dia akan berubah.  Dia benar-benar bertaubat. Kelihatan Mak Mun, bidan tua itu masuk sambil membawa beberapa perkakasan. Dia duduk dan memandang Izhan, diikuti Syira. Dah bersedia?

***

Syira cuba membuka mata. Apa yang dilihatnya di depan mata cuma cahaya lampu-lampu kalimantang pada siling yang bergerak-gerak. Tubuhnya terasa kaku. Perutnya masih terasa kesakitan yang teramat, namun anggota tubuhnya yang lain terasa kebas dan lemah. Air matanya masih mengalir, membasahi wajahnya. Dapat didengari jeritan suaranya sendiri diselangi raungan yang lantang, walau dicubanya berkali-kali untuk menutup bibirnya. Dilihatnya doktor dan jururawat membincangkan sesuatu yang dia tidak jelas butir bicaranya, membawanya menuju ke satu bilik. “Emosinya sudah tidak dapat dikawal. Kandungannya mungkin dalam bahaya.  We have to deliver the baby fast or we’ll lose the baby. Or the mother herself. ” “Gunakan apa cara sekalipun, doktor. Tapi tolonglah selamatkan isteri dan anak saya” Sayu suara Yusri, merayu pada doktor. “Kami akan cuba yang terbaik. Awak doakanlah semoga mereka selamat.”  Air mata Syira mengalir lagi. Dia terharu dengan kasih sayang Yusri padanya. Dia rasa bersalah menyembunyikan kebenaran masa silamnya pada Yusri. Andai Yus tahu siapa aku dan apa yang telah aku buat sebelum ini, dia pasti akan kecewa. Aku tidak sanggup kehilangan Yus. Ya-Allah, aku berdosa padamu, berilah aku peluang sekali lagi. Untuk aku menebus kesilapan aku yang lalu. Aku ingin memohon maaf pada suamiku. Selamatkanlah nyawaku dan anakku. Syira memejam matanya dengan kuat, cuba berdoa dalam hati.

Tiba-tiba dirasakan tubuhnya ringan. Seakan-akan berada di awangan. Syira membuka matanya. Dilihatnya doktor dan jururawat sedang mengerumuni seseorang. Masing-masing menunjukkan riak kecewa dan muram. Seakan-akan sesuatu yang buruk sedang berlaku di situ. Dia cuba melihat siapakah orang itu. Dia terkejut. Tubuh yang berada di depannya itu seiras wajahnya. Bukan. Bukan seiras. Dia yakin itu memang tubuhnya. Bagaimana jasadnya boleh berada di situ? “Waktu kematian si ibu, 5.30 pagi.” Syira terkejut. Mati? Adakah dia telah mati? Ya – Allah!! Dilihatnya jururawat sedang memeluk sekujur tubuh kecil di dadanya. “Doktor, yang ini juga tidak dapat diselamatkan” Dirasakan sekelilingnya semakin pudar yang kabur. Yang jelas di pandangannya cuma sekujur tubuh kecil itu. Yang terdengar di telinganya cuma gemaan suara menyatakan waktu kematian bayi: 5.35 pagi. Suara itu terus menerus berulang seolah-olah CD yang dimainkan berulang kali. Bayiku mati. Bayiku mati. Bayiku mati. Itu sahaja yang berulang-ulang disebutnya dalam hati. Kelihatan hampir semua jururawat dan doktor telah keluar meninggalkan bilik ini. Cuma tinggal seorang sahaja jururawat, dan dirinya serta anaknya. Perlahan-lahan didekatinya dirinya pada sekujur tubuh kecil itu, cuba untuk memegangnya. Dirasakan tubuhnya menembusi jasad kecil itu. Hatinya sayu.

“Ibu, ibu sedih?” Syira terkejut. Bayinya yang diselubungi kain putih itu perlahan-lahan bangun. Kain putih yang membaluti tubuh kecilnya itu perlahan-lahan terselak. Menunjukkan wajah sebenar bayinya. Syira tersentak. Itu wajah yang sama yang selalu mengganggunya selama ini. Bayi itu memandangnya sambil menyerigai.  Wajah Syira bertukar pucat. “Kau..kau siapa? Kenapa kau masih di sini? Oh ..aku tahu! Ini semua kerja kau kan? Kau yang buat semua ni kan? Puas hati kau? Haah? Haaaahhh?? Puas hati kau?? Ini yang kau nak, kan? Aku dah mati! Anak aku dah mati! Puas kan hati kau?? Kenapa kau nak ganggu aku lagi? Kali ini Syira sudah hilang sabar. Dia sudah tidak takut lagi. “Hei perempuan! Kau dah lupa? Apa yang kau pernah buat dulu? Apa yang kau pernah buat pada aku? Dosa yang selama ini kau cuba tutup.  Dosa yang selama ini kau cuba lupakan.. “ Kali ini bayi itu pula membalas. Wajahnya berubah. Menakutkan.  “Kau tuduh aku menyiksa kau??? Hei, kerana kau aku jasadku tersiksa! Kerana kau aku hidup merana! Kau buat tubuhku macam sampah!! Mana peri kemanusiaanmu? Kau nak tahu aku siapa? Haaahhh?? Ingat balik apa yang kau dah buat!! Ingat balik siapa yang kau buang macam sampah 10 tahun lepas! Ingat balik!!” Gigi bayi itu semakin runcing, bersedia untuk menerkam Syira. Syira ketakutan. Tidak pernah dia merasa ketakutan yang teramat seperti ini.

***

Apa kita nak buat dengan bayi ni, Iz. Bidan tu tak mahu uruskan benda ini. I tak tahu macam mana nak uruskan benda ni. I takut”  Izhan merengus. “Please lah Syira, don’t be such a baby. I dah baik hati bantu U uruskan perut U, sekarang ni U punya turn la uruskan benda tu. “ dingin nadanya. Syira tersentak. Tidak pernah Izhan sedingin dan sekasar ini. “But ini bukan tanggungjawab I sorang. U pun terlibat sama. Bayi ni bukan I punya sorang, ok. Ini anak U juga! U kena bertanggungjawab juga! ” hatinya terasa panas. Baru dia tahu wajah sebenar Izhan. Hanya manis di luar, tetapi dalamnya berhati busuk.“ “What? U nak salahkan I pula? Hei perempuan, I tak pernah paksa U buat hubungan dengan I. U yang senang-senang serahkan diri U pada I. Jangan lah nak berlagak baik sangat. Ntah-ntah, belakang I, ntah jantan mana lagi yang dah ratah U!” “Pakkk!! Satu tamparan hinggap di pipi Izhan. Syira sudah tidak dapat bertahan lagi dengan hinaan Izhan. Manis yang dirasakan selama ini rupanya telah menjadi racun baginya. Pengorbanan yang selama ini dilakukan atas nama cinta  rupanya membawanya ke jalan kehinaan. Izhan yang selama ini dianggap sebagai raja di jiwanya rupa-rupanya manusia berhati binatang. Luluh jiwanya mendengar kata-kata hinaan dari mulut Izhan. Air mata Syira tidak dapat bertahan lagi. Dia menangis semahu-mahunya. “Huh, itulah perempuan. Menangis, menangis, menangis! Jangan ingat aku akan cair bila tengok kau menangis. Not anymore!” Bongkak nada suara Izhan. Syiar menjelingnya dengan pandangan tajam. “ Kau dengar sini Izhan, sekarang ni kau boleh berlagak. Kau boleh bersikap angkuh. Ingat ni jantan keparat! Suatu hari, kau akan menerima padah atas perbuatan kau! Kau akan merana! Ingat Izhan!”

***

Air mata Syira mengalir deras. Imbasan demi imbasan kejadian lepas memenuhi benaknya. Sedikit demi sedikit imbasan dosa-dosanya yang lalu menerombos memorinya. Hari itu, oleh kerana terlampau marah, janin itu dibuangnya sahaja ke tempat pembuangan sampah tanpa belas kasihan. Tidak pernah terdetik di fikirannya bahawa janin itu juga manusia. Apa yang difikirkannya cuma ingin membuang benda yang dirasakan menjadi beban baginya. “Tapi, aku dah menyesal... Aku cuba cari kau balik tapi tempat tu dah dibakar bersama sampah-sampah yang lain. Aku dah insaf. Aku benar-benar insaf. Maafkan aku....maafkan aku... “  Airmatanya semakin deras. Sungguh, dia benar-benar menyesal. 3 tahun pengalaman itu menghantui jiwanya. Hari-hari dia mengalami mimpi ngeri. Sehingga terpaksa berjumpa pakar psikiatri. Dia serik untuk bercinta lagi. Sehinggalah dia bertemu dengan Yusri. Yusri telah berjaya merubah dirinya menjadi lebih baik. Dia benar-benar ingin berubah. “Menyesal? Kau sepatutnya menyesal pada saat kau mengandungkan aku lagi. Kau sepatutnya membesarkan aku yang wujud hasil perbuatan kotor kau sendiri! Tapi kau buang aku! Kau bunuh aku! Menyesal takkan menghapuskan dosa yang kau dah buat!Aku nak kau rasa apa yang kau buat! Aku nak kau rasa apa yang aku rasa!!“ Bayi itu semakin marah. Serta merta digenggmnya tangan Syira, menariknya dengan kasar ke hujung bilik. Syirah ketakutan. Tubuhnya menggigil.

“Kau tak layak mendapat anak! Orang macam kau tak layak dipanggil manusia!  Sebab itu setiap kali kau mengandung, aku pastikan kau kehilangan mereka. Seperti mana kau menghilangkan aku dari hidup kau!!” Syirah tersentak. Rupa-rupanya kegugurannya selama ini adalah dirancang. “Ta..tapi.. kenapa? Kenapa kau libatkan bayi aku? Anak aku tak bersalah..! Anak aku tak ada kaitan dengan hal ini!! Kenapa? Kenapa kau menghukum mereka? Kenapa kau tak hukum aku je?” Syira menangis semahunya.”  Bayi itu melompat ke perut Syira, menyerigai. “Kalau aku yang kau mahu, aku redha. Tapi, lepaskanlah anak aku yang ini. Dia benar-benar tidak bersalah. Sekurang-kurangnya biarkanlah dia hidup. Itulah satu-satunya harapan kebahagiaan Yusri. Kalau aku tiada, sekurang-kuranya bayi itu ada.”  Bayi itu menyerigai lagi. “Oh, ‘ibuku’.. kenapa pula anak itu tidak bersalah? Dia sama seperti aku. Dia bukan anak yang lahir dari hasil yang suci! Dia hasil hubungan terlarang! Darahnya kotor! Sama seperti aku!!!”  Syirah tersentak  “Apa maksud kau! Jangan kau hina anak aku! Kau boleh hina aku semahunya tapi dia anak aku dan Yusri! Suamiku! Darahnya suci!” Syira cuba mempertahankan anaknya. “Ohhh..? Anak hasil kau dan ‘Yusri’? Kau yakin? Kau pasti seratus peratus? Kau tak pernah betul-betul menyesal, kan? Kata-kata kau cuma dusta.. kau pembohong!!!”  Dia mendekati Syira. “Yusri benar-benar percayakan kau. Dia setia pada kau! Tapi kau belakangkan kesetiaannya dengan curang padanya! Anak ini tak bersalah? Fikir ‘ibu’, fikir baik-baik apa dosa kau Yusri....!!”  Ditusuknya tangannya jauh ke dalam rahim syira. Ditarik-tariknya isi perut Syira dengan rakus. Syira menjerit, meraung kesakitan semahu-mahunya.                      

***

Syira mengeluh dalam. Sudah 3 kali dia keguguran. Dia tidak faham apa masalahnya. Doktor mengesyaki kematian bayi-bayinya kerana kekurangan darah dalam badannya. Dia juga menasihatkan supaya Syira tidak mengandung lagi. Kandungan kali seterusnya mungkin akan membahayakan nyawanya. Syira berjalan-jalan di sekitar Cameron Highland untuk menenangkan diri. Sejak kematian anak terakhirnya, hubungan Syira semakin renggang dengan Yusri. Dia merasakan Yusri sedikit sebanyak turut bertanggungjawab dalam hal ini. “Mungkin genetiknya bermasalah”dia cuba mencari alasan. Alasan ini yang sering diyakinkannya pada diri. Syira berhenti untuk membeli  beberapa strawberi. “Ehh.. Yus.. Yushira ke?“ Satu suara lelaki yang seperti pernah didengar menyapanya. Shira tersentak.  “Er.. Iz..Izhan?” Syira cuba menduga. Lelaki itu tersenyum. “Apa khabar sekarang? Shira sihat” Mesra dia menegur. “Hmm.. sangat sihat. Terima kasih.” Syira cuba berlalu pergi. Dia masih ingat lagi kelakukan Izhan padanya. “Wait Syira. Tunggu dulu! I nak bercakap dengan U!” Izhan menarik tangan Syira menyebabkan Syira terdorong ke dadanya. Kenangan lalu saat-saat manis mereka kembali bermain di fikirannya. Syira segera cuba menjauhkan diri. “No. No. I takkan lepaskan U! I minta maaf. Dah lama I cuba cari U. I tahu I bersalah pada U! Sejak hari itu I sentiasa teringatkan U. Hubungan I dengan mana-mana wanita selepas U tak pernah menjadi. I tidak boleh lupakan U. I sedar U lah satu-satunya wanita dalam hidup I yang I benar-benar cinta. Namun I rosakkan hubungan kita dengan melukakan hati U. I benar-benar berdosa.  I minta maaf banyak-banyak. Maafkan I” Izhan memeluknya, semakin erat. Sayu suaranya. Hati Syira berbelah bahagi. Mungkin kerana emosinya yang tidak stabil, kewarasan akalnya mulai pudar...

***

Syira menangis semahunya. Sama seperti sebelum ini, hubungan terkutuk itu cuma sekali. Sejak itu mereka tidak berjumpa lagi. Syira menyedari dia sangat cintakan Yusri. Izhan juga menerima penjelasannya.  Dia tidak menyangka dia akan mengandung anak Izhan. Dia benar-benar yakin kandungannya kali ini anaknya dengan yusri.  “Ba..gai..mana? Bagaimana ini boleh berlaku? Mus..tahil..! Mustahil!!“  Syira teringatkan Yusri. Kasih sayang Yusri padanya. Dia benar-benar rasa berdosa. Hatinya terasa sebak. Dia ingin memohon ampun dan maaf dari Yusri. Dia benar-benar rasa berdosa. “Tiada apa yang mustahil, ‘ibuku’. Kau berbuat dosa tanpa berfikir seperti mana kau berbuat dosa kali pertama dengan lelaki terkutuk itu. Kau lupakan Tuhan. Kau lupakan suamimu. Kau hanya mengikut kehendak nafsu syahwat kau sahaja! Terimalah pembalasannya!” Kali ini, bayi itu merobek pula kaki Syira. Syira meraung kesakitan. Air matanya mengalir lebih deras. “Kau tahu mengapa bayi ini bertahan lama? Bayi ini adalah aku dan aku adalah dia! Aku sentiasa memastikan dia selamat supaya aku boleh hidup di dalam dirinya.” Aku mahu hidup! Aku mahu hidup! Dan kau, perempuan! Kau boleh mati!!!!!”  Bayi itu ketawa riang lalu menerkam ke arah Syira.            

***

Izhan menyelak surat khabar Berita Harian satu persatu. Dibeleknya berita-berita yang mungkin menarik perhatiannya. Seketika dia terpandang artikel yang melaporkan kejadian ngeri seorang wanita yang dirobek-robek tubuh badannya di sebuah hospital swasta. Wanita itu pada asalnya telahpun meninggal dunia akibat melahirkan anaknya. Namun ketika jururawat kembali untuk menguruskan mayatnya, mayat itu telahpun dirobek-robek, seakan-akan dirobek binatang buas. Mayat anaknya yang juga telah disahkan meninggal dunia selepas dilahirkan, hilang tanpa dikesan. Sehingga kini mayat anaknya masih belum dijumpai. Suami mangsa meminta sesiapa yang mengetahui kejadian itu supaya menampilkan diri untuk memberikan maklumat. Izhan membelek lagi artikel itu. Nampaknya nama hospital dan mangsa dirahsiakan. Bacaan Izhan diganggu dengan bunyi loceng rumahnya. Segera dia ke muka pintu. “Ada bungkusan untuk Encik, sila tandatangan di sini.” “Terima kasih” Izhan membalas setelah menerima bungkusan tersebut. “Beratnya” getusnya dalam hati. Dibelek-beleknya bungkusan itu sebelum membukanya. Tulisan penghantar itu sangat dikenalinya. “Syira!” Getusnya dalam hati. Dia berdebar-debar. Mungkinkah Syira telah berubah hati untuk menerimanya semula?

Segera dia membuka bungkusan itu.  Terdapat sebuah bungkusan yang dibaluti kain putih di dalamnya. Dia segera membuka kain itu. Izhan tersentak. Segera dia melepaskan bungkusan itu dari tangannya. Dengan pantas dia berundur ke belakang. Wajahnya bertukar pucat. Bungkusan itu merupakan mayat bayi yang lengkap tubuh badannya. Namun dia yakin tubuh itu tidak bernyawa melihatkan warnanya sudah kebiru-biruan. “Apa yang dah berlaku ni?” Jantung Izhan berdegup kencang. Segera dia teringatkan Syira. Dia cuba mendail nombor Syira untuk mendapatkan kepastian. “Assalamualaikum” sebak suara lelaki di hujung talian. “Err.. Yu..shira ada?” Izhan tahu itu suami Syira. Dia cuba menenangkan diri. Dia harap Syira akan menjawab panggilannya. Dia mahukan penjelasan. “Minta maaf. Yushira, telah meninggal dunia, Encik. Meninggal ketika melahirkan anak. Dah tiga hari dia pergi.” Suara di hujung talian semakin sebak. Jantung Izhan dirasakan bagaikan berhenti sejenak. “Hah? Meninggal? Innnalillah..... Maaf, Encik.“ Segera dia menutup talian. Izhan bingung. Segera dia kembali pada bungkusan tersebut. Jelas di bungkusan tersebut tarikh penghantaran adalah 2 hari yang lepas. Syira meninggal sudah tiga hari. Apa yang berlaku ni? Izhan membelek-belek wajah bayi itu. Cuba memastikan sama ada bayi itu benar ataupun palsu? Mungkin ada orang cuba mengenakannya. Tiba-tiba mata bayi itu terbuka.  Izhan tersentak. Bayi itu mula tersenyum menyerigai, sambil cuba membebaskan dirinya dari bungkusan tersebut. Izhan terduduk. ketakutan. Lututnya dirasakan begitu lemah. Badannya menggigil. Jantungnya berdegup kencang. Dia masih bingung. Bayi itu perlahan-lahan keluar dari bungkusan. Menuju ke arah Izhan. Wajahnya semakin menyerigai. “Ayah.. rindu saya tak....?”

------------------------------- Tamat ---------------------------------
   

Isnin, 8 Ogos 2011

Selamat Berpuasa

Selamat berpuasa buat aku dan semua umat Islam di serata dunia nih. Jom kita beribadah