Sabtu, 11 Jun 2011

Laman web yang aku ske....

Aku tak tau orang lain. Tapi kalo aku bukak tenet, 1st in mind is MANGA! Yep, manga @ komik Jepun, sesuatu yang addictive bagi aku. Macam ubat kalo aku bosan.. Ada beberapa laman web yang tayangkan manga yang diterjemah dalam bahasa inggeris untuk tatapan peminat yang tidak boleh baca bahasa Jepun secara PERCUMA!! Yep, PERCUMA!

Aku ske komik. Bermula dengan Doraeman? Aku pon xingat. tapi pastu kalo komik melayu, Gila-gila, Ujang. Sejak aku baca Dragonball, aku dah mula berminat secara serius dengan manga. Then aku mula minat Sailormoon (punca utama animasi dia). Sejak aku dapat tahu Sailormoon asalnya dari komik, n komiknya pula ada dijual di kedai berdekatan rumah aku setiap bulan, aku dh cari pelanggan tetap setiap bulan kedai tuh. 2 komik yang WAJIB aku beli: Sailormoon dan Dragonball.  Takyah cakap ah betapa obsesnya aku ngan komik tuh. Aku beli n kumpul setiap siri, sampai cukup semua edisi. Diualangi SEMUA EDISI. Dragon Ball cukup sampai no.43. Sailormoon cukup sampai 12. TAPI, bila habis UPSR, nak mula masuk tingkatan 1, mak aku suruh buang sebab dia kata menyemak bilik aku.xde ruang. Well of course punca utama sebab aku mmg susah nak kemas bilik n bilik aku mmg BERSEPAH tahap melampau..HAHAHA.. Well, the point is, sekarang aku xyah beli komik, aku hanya perlu baca dari tenet. Dan ianya PERCUMA!!! Yay!!! Beberapa laman web aku tengah layan skang:

1) http://www.mangashare.com
2) http://www.mangafox.com
3) http://www.tenmanga.com

Bergantung pada manga dan penterjemahnya, biasanya manga2 nih update setiap minggu. Tapi kalo x update, aku akan layan je komik lain.. Serius, banyak giler komik lain yang korang belum penah dengar atau jumpa kat Malaysia yang sebenarnya mmg best tahap gaban! Ooops... sorry. ter'overexcited'. Aku bukan sahaja boleh layan komik2 yang aku minat, tapi kalo komik tu tak update lagi, serach je, klik je mana2 tajuk komik yang korang nampak. layan je.... Yeah..sebab tu aku xpenah bosan ngan komik..

OK. jangan samakan aku ngan 'otaku' dalam bahasa lain, peminat tegar komik, sampai segala barang, produk, komik, animasi dan sebagainya pasal komik tu sumer dia sapu.. Aku cuma suka komik. Itu sahaja. Takde particular tajuk. Kalo jalan cerita bagus, aku baca. Kalo x, aku xbaca. Kalo watak menarik, lukisan cantik, aku minat, kalo x, lupakan je.. Aku cuma tengak dua jenis je: 1) jalan cerita 2) Lukisan dan watak. Kalo lukisan cantik jalan cerita hampeh atau cliche, lupakan jelah. Aku cepat boring. Kalo jalan cerita bagus tapi lukisan serabut, haih... terseksa aku... mungkin aku baca. MUNGKIN. Off course, pemilihan utama adalah lukisan. baru aku tgk jalan cerita. Hahaha.. ehem.. 

Sebenarnya Malaysia pon ada banyak komik atau majalah komik yang bagus. Pelukisnya pon bagus2.. yang kena ngan citarasa aku skang apa sahaja produk atau komik dari Gempakstarz. Dari Majalah Gempak atau Utopia. Ben dan Kaoru paling aku minat sebab lukisan diorang. Tapi kalo jalan cerita, haaahhh.. cliche. Kalo jalan cerita yang best, maksud aku ceritanya menarik, biasanya Zint, Salium, Keith.. Pelukis Utopia High, Under 18, Lawak Kampus. Memang stress reliever. Story telling paling bagus aku xingat namanya, tapi pelukis Dari Alam Angker. Nice one... Memang buat aku xleh tido malam. serius.. sampai menghantui aku tiap malam. sebab tu aku jarang baca skang..hahaha.. takot giler.. tak tertanding citer seram di pawagam yang kononnya seram ah sangat... Pehh.. Uh..bila sebut2 komik nih..tetiba aku teringin nak baca komik.. Yup. That's all. Uhh..komik apa nak layan jap g? Yeah.. cari Bleach ahh.. k. Bye.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan